LZS peruntuk RM4.49 juta sumbangan van jenazah - Utusan Malaysia

LZS peruntuk RM4.49 juta sumbangan van jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABDUL RAZAK IDRIS 

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM4,495,000 bagi membekalkan 29 van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor. 

Pengerusinya, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail berkata, sumbangan van jenazah merupakan satu jenis bantuan zakat bawah kategori asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan pengurusan jenazah.

“Ia diperuntukkan kepada masjid yang tidak memiliki kemudahan kenderaan untuk mengurus jenazah terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mempunyai kariah yang ramai. 

“Sumbangan van jenazah ini melibatkan empat masjid dari daerah Hulu Langat, tiga masjid dari daerah Kuala Langat, dua masjid dari daerah Sepang, empat masjid dari daerah Kuala Selangor dan tiga masjid dari darah Gombak, “katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Van Jenazah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini hari ini. 

Yang hadir sama ialah Pengurus Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Lukman Al-Hakim Mohd Tamyes dan Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid. 

Syed Anwar berkata, di samping itu enam masjid lagi adalah dari daerah Petaling, tiga masjid dari Sabak Bernam, tiga daerah dari Hulu Selangor dan satu daripada daerah Klang. 

Katanya lagi, sumbangan van jenazah ini adalah sebahagian kecil daripada sumbangan zakat di bawah Program Pembangunan Institusi Agama. 

“Sejak 2013 sehingga kini, LZS telah menyumbangkan 60 van dengan jumlah keseluruhan RM7.2 juta,”katanya. 

Beliau menambah, van jenazah yang disumbang perlu digunakan untuk tujuan yang dikhususkan dan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini