PEMBUKAAN Lembah Bilut yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bentong Pahang pada 1958 mencatat sejarah tersendiri apabila tanah rancangan itu menjadi projek perintis pembangunan peneroka Felda pertama di negara ini. Lembah Bilut yang mengambil nama sempena ikan ‘bilut’ atau belut, sejenis ikan air tawar seterusnya ditukar kepada nama Lurah Bilut apabila seramai 616 peneroka mula berpindah ke rancangan tersebut pada Ogos 1959. Menurut Tunku Shamsul Bahrin dalam buku Kemajuan Tanah dan Penempatan Semula di Malaysia (1986), Lurah Bilut menjadi projek pertama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ditubuhkan pada 1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya