Love Scam: Dua warga Nigeria didakwa di Singapura - Utusan Malaysia

Love Scam: Dua warga Nigeria didakwa di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 14 Mei – Dua lelaki warga Nigeria yang dipercayai anggota sindiket ‘Love Scam’ didakwa di sini hari ini.

Menurut polis, kedua-dua suspek merekrut wanita tempatan untuk mengutip wang bagi pihak mereka.

Sindiket sedemikian mencetuskan kebimbangan dengan polis melaporkan menerima 660 kes tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Warga Nigeria itu, Oladayo Opeyemi Awolola, 34, dan Gbolahan Ayobami Awolola, 37, ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia di Kuala Lumpur bulan lalu dan dihantar ke Singapura semalam.

Polis memberitahu, mereka didakwa merekrut dua wanita Singapura bagi mengutip wang yang dikaitkan dengan ‘Love Scam’ di negara ini antara 2017 dan 2018.

Wanita tersebut didakwa menerima S$85,700 sepanjang tempoh itu dan menyerahkannya kepada sindiket di Malaysia.

Suspek warga Nigeria itu boleh dipenjarakan sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini