GUA MUSANG 2 Mei – Kesempitan hidup memaksa lima beranak menjadikan bangsal buruk di Bukit Gajah, Jalan Kawasan Industri di sini, sebagai tempat berteduh daripada cuaca hujan dan panas lebih setahun lalu. Haida Abdullah, 32, dan suaminya, Auseng Ngoh, 35, terpaksa menjadikan bangsal daif dengan atap bocor, berdinding separuh zink yang ditutup bersama kain serta kanvas dan berlantaikan papan kayu reput. Pasangan itu bersama anak mereka, Muhammad Hafiz Haikal, 12;…










