Lelaki warga asing ditahan miliki syabu - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing ditahan miliki syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas didapati memiliki dadah disyaki syabu dalam serbuan yang dijalankan di belakang sebuah hotel bajet di taman perindustrian Kidurong, dekat Bintulu, Sarawak semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan dibuat terhadapnya oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Bintulu menemukan dadah tersebut dalam beg sandangnya.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, dadah seberat 17 gram yang dirampas dalam operasi sekitar 12.30 tengah hari itu dianggarkan bernilai RM2,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan, polis menemukan 40 keratan tiub straw yang berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam beg sandang yang dibawa suspek,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mengesahkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(2)(a) akta sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini