Lelaki sering mengamuk ditahan ketika lalok - Utusan Malaysia

Lelaki sering mengamuk ditahan ketika lalok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Lelaki sering mengamuk tidak diberi wang membeli dadah ditahan dalam satu operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Miri, Sarawak semalam.

Memetik portal Utusan Borneo, lelaki berusia 31 tahun terbabit ditahan susulan laporan awam yang mendakwa prihatin terhadap nasib malang keluarga lelaki terbabit yang sering menjadi tempatnya melepaskan kemarahan.

Jurucakap AADK Sarawak berkata, suspek sering mengamuk sekiranya tidak diberikan wang dipercayai digunakannya untuk membeli dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, suspek yang sudah berkeluarga itu juga akan menjual barang berharga dari rumah (keluarga) semata-mata untuk mendapatkan wang yang akan digunakannya membeli dadah.

“Orang awam yang prihatin terhadap nasib malang keluarga terbabit kemudian melaporkan kepada AADK dan seterusnya membawa kepada penangkapan suspek yang sedang khayal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suspek selain itu turut didapati positif dadah jenis syabu.

Sementara itu, jurucakap itu berkata, sebanyak 11 lagi individu termasuk seorang wanita ditahan AADK kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam dua operasi berasingan juga di Miri dan Tebakang, Serian.

“Di Miri, lima yang ditahan dalam operasi di Kampung Keluru Tengah dan Keluru Jaya juga didapati positif dadah.

“Manakala di Serian, seramai sembilan individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing, namun hanya enam sahaja daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 50-an dan mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Jika disabitkan kesalahan boleh diperintah menjalani rawatan dan pemulihan selama tempoh dua tahun atau perintah pengawasan selama dua hingga tiga tahun di bawah Seksyen 6 akta yang sama,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini