SERDANG – Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Seri Kembangan di sini membawa padah apabila dia diberkas polis petang tadi. Suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sebuah kilang di Balakong pada pukul 3 petang. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek yang juga pembantu stor kilang itu diberkas di tempat kerjanya selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang pekerja kedai kek yang mendakwa cermin kereta Perodua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya