Lelaki maut Viva bertembung lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut Viva bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25 Jalan Jerantut – Benta dekat Kampung Jeransang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, pemandu Perodua Viva, Mohd. Yusof Manah, 56, dari Kampung Tekong Budu, Benta disahkan maut di lokasi nahas akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azly Mohd. Noor berkata, kereta dipandu Mohd. Yusof dari arah Jerantut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lori tiga tan dipandu lelaki berusia 43 tahun tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung di selekoh.

“Kereta Perodua Viva remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan pemandunya tersepit dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kedua-dua kenderaan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini