Leiking ketua misi perdagangan ke Chile, Argentina & Brazil - Utusan Malaysia

Leiking ketua misi perdagangan ke Chile, Argentina & Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari ke negara-negara di Amerika Selatan minggu depan.

SEREMBAN, 08 Januari 2019 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrell Leiking dalam mesyuarat jawatankuasa bersama penyelarasan industri (JBI) dengan Negeri Sembilan di DTempat Country Club di sini hari ini.Gambar: Azrul Edham Mohd AminuddinPemberita: Nazarudin (Am)

Misi itu meliputi Santiago, Chile (20 Mei), Buenos Aires, Argentina (21 Mei) serta Brasilia dan Sao Paulo, Brazil (22-24 Mei).

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, Leiking akan disertai oleh pegawai kementerian, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia serta wakil syarikat-syarikat Malaysia .

Sambil memanfaatkan kehadirannya di rantau ini pada Mesyuarat Menteri-Menteri APEC yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan di Valparaiso, Chile, dari 17-18 Mei, Leiking akan bertemu wakil kerajaan, dewan perniagaan dan persatuan serta syarikat di Chile, Argentina dan Brazil, bagi meningkatkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dengan negara-negara berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini