Lebuhraya Pesisir Pantai Barat bangunkan Bagan Datuk - Utusan Malaysia

Lebuhraya Pesisir Pantai Barat bangunkan Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Mei – Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi Di Sepanjang Jajaran Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan negeri, hari ini bersetuju untuk memfokuskan lebih banyak pembangunan di Daerah Bagan Datuk yang dilihat agak terkebelakang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan berkata, beliau telah menetapkan tempoh sebulan kepada pejabat-pejabat daerah terlibat untuk mengemukakan perancangan bagi memaksimumkan limpahan ekonomi di sepanjang jajaran WCE.

“Peluang untuk kita majukan kawasan daerah-daerah ini termasuk Teluk Intan dan Perak Tengah adalah cukup tinggi memandangkan harga tanah kita masih rendah berbanding negeri-negeri lain seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan adanya jajaran WCE, perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur akan mengambil masa tidak lebih daripada dua jam, maka pertumbuhan industri dan bandar baharu dapat kita alihkan ke bandar-bandar terkebelakang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn. Bhd., Datuk Neoh Soon Hiong yang turut dilantik sebagai penasihat dalam jawatankuasa berkenaan.

Ditanya bila WCE dapat dibuka kepada orang ramai, Ahmad Faizal berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya satu jajaran dapat dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun pengumuman rasmi mengenainya bakal dibuat pada 20 Mei ini. –

UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini