KUANTAN 4 Mei – Seramai 159,368 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen bakal menerima ‘duit raya’ berjumlah RM500 sebagai usaha berterusan kerajaan menjaga kebajikan golongan itu. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pemberian khas yang melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan RM79.68 juta itu mula dibayar pada 27 Mei ini. Beliau berkata, kelulusan itu adalah menerusi inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebagai penghargaan kepada golongan veteran ATM yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) secara sekali bayar. “Semoga dengan BHN 2019 ini dapat membantu veteran ATM dalam menghadapi cabaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya