Lawatan mengejut KPN ke Balai Polis Trafik KL - Utusan Malaysia

Lawatan mengejut KPN ke Balai Polis Trafik KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador membuat lawatan mengejut ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Beliau meluangkan masa selama 40 minit di balai polis tersebut dengan melawat pejabat pertanyaan, Post Sentri dan Perkarangan Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Dalam lawatan di balai tersebut, beliau diiringi oleh Pegawai Kanan JSPT KL yang bertugas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, warga kerja penguatkuasa JSPT KL turut melahirkan rasa berbesar hati di atas kunjungan Ketua Polis Negara.

Abdul Hamid juga sebelum ini turut melakukan beberapa lawatan mengejut ke balai polis lain bagi melihat sendiri cara-cara anggota penguat kuasa melakukan tugasan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini