BEIJING 13 Mei – Beberapa syarikat penerbangan tempatan menyertai ujian operasi di lapangan terbang mega baharu di sini yang bakal menjadi salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia selepas dibuka akhir tahun ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, ujian di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, yang bakal dilengkapi lapan landasan, melibatkan empat pesawat berbadan lebar, termasuk Airbus A380.
Lapangan terbang itu akan memulakan operasi pada 30 September ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menjelang 2025, Daxing akan beroperasi pada kapasiti penuh dan dijangka mengangkut 72 juta penumpang setiap tahun. – AFP











