Kutu bersarang dalam telinga budak lelaki - Utusan Malaysia

Kutu bersarang dalam telinga budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW HAVEN, Connecticut – Masalah telinga berdengung dihadapi seorang budak lelaki berusia sembilan tahun rupanya berpunca daripada seekor kutu anjing bersarang dalam gegendang telinganya, lapor New England Journal of Medicine.

Dr. Erik Waldman daripada Hospital Kanak-kanak Yale New Haven yang menghantar satu laporan kepada jurnal itu baru-baru ini menjelaskan, budak lelaki itu tidak berasa sakit dan pendengarannya tidak terjejas tetapi telinganya berdengung dengan satu sensasi aneh.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu Waldman bahawa dia ada bermain di luar kawasan sekolah sebelum bunyi berdengung itu bermula.

Kumpulan doktor di hospital berkenaan bagaimanapun berdepan kesukaran untuk mengeluarkan kutu itu dan terpaksa memberi bius penuh kepada kanak-kanak tersebut bagi melakukan pembedahan kecil ke atas pesakit, lapor rangkaian berita CNN.

“Kami membawa kanak-kanak itu ke bilik bedah dan menggunakan peralatan halus untuk mencabut mulut kutu yang mencengkam ruang dalam telinganya. Agak aneh menemui kutu jenis ini bersarang dalam telinga manusia,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. David Kasle. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×