Bahang Aidilfitri pasti sudah terasa walaupun masa masih panjang sebelum tiba sambutan yang diraikan umat Islam di seluruh dunia.
Biasanya golongan ibu sudah mula sibuk mencari baju raya untuk anak-anak sedari awal bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik dan tidak kelam-kabut pada saat-saat akhir.
Malah ketika ini, golongan ibu sudah membuat pengiraan agar perbelanjaan sempena sambutan Aidilfitri tidak berlebihan yang akhirnya memberi bebanan kewangan di kemudian hari.
Memikirkan soal pakaian anak-anak sempena sambutan hari raya memang agak memeningkan. Ini kerana ciri-ciri baju kurung yang bakal digayakan anak-anak perempuan semakin moden dan rumit seolah-olah tidak sesuai digayakan terutama anak-anak yang lasak selain faktor cuaca yang panas terik.
Melihat rekaan baju kurung kanak-kanak yang setanding dengan rekaan orang dewasa membuatkan Pengasas Mooleq, Afiey Kamarul muncul dengan alternatif baju kurung yang lebih ringkas dan sesuai digayakan di negara ini.
Katanya, ibu bapa bukan sahaja perlu melihat kepada keselesaan, sebaliknya keterujaan anak-anak apabila menggayakannya pada pagi hari raya nanti.
Mooleq baru-baru ini melancarkan keluaran sulungnya iaitu baju kurung Azizah yang memiliki lima pilihan warna menarik.
Baju kurung potongan Kedah itu dipadankan dengan kain batik berwarna lembut amat manis jika dipandang.
Malah, potongan baju yang longgar, tidak jarang membolehkan anak-anak bebas bergerak.
“Untuk keluaran ini Mooleq memilih kain kapas yang sangat sesuai dipakai kanak-kanak dan selesa ekoran sifat kain itu yang sejuk.
“Malah, pilihan baju ini juga membolehkan anak-anak bergerak bebas, lasak serta aktif pada pagi raya,” katanya.
Baju kurung Azizah yang dijual pada harga RM69 sepasang ini mudah diuruskan dan digosok.
Tambahnya, rekaan baju kurung Azizah yang minimalis tanpa sarat dengan perhiasan menjadi pilihan ramai ekoran mudah digayakan dan dijaga.
Bagi yang berminat boleh melayari laman Instagram @mooleq_ untuk melihat dan membeli baju kurung tersebut.











