Kurikulum universiti perlu selari dengan perubahan teknologi - Utusan Malaysia

Kurikulum universiti perlu selari dengan perubahan teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Mei – Kurikulum pengajian perlu dikemas kini supaya seiring dengan ledakan teknologi digital serta agenda global.

Pensyarah Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah (PPPBW) UiTM di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), Dr. Mohamed Thalha berkata, institusi pengajian tinggi perlu menyediakan graduan yang memiliki pengetahuan serta kemahiran yang seiring dengan perkembangan terkini.

Kata beliau, ia harus sejajar khususnya Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0) yang digerakkan oleh perkakasan digital dan Sistem Pendidikan 4.0 (Edu 4.0) yang dirumus bagi menyediakan modal insan yang berkeupayaan bekerja dengan artificial intelligence (AI).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menyuarakan bahawa dunia pekerjaan sekarang memerlukan tenaga kerja yang memiliki ciri-ciri serta kemahiran yang amat berbeza dari dahulu.

“Bagi bidang Perancangan Bandar, penggunaan Big Data merupakan satu realiti yang perlu dimanfaatkan serta diaplikasi,” katanya sesi perbincangan dan ceramah pakar di FSPU, di sini baru-baru ini.

Sistem-sistem cyber-physical, katanya, akan mengubah cara kita berinteraksi dalam bidang-bidang yang penting bagi ekonomi seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, pembuatan, pertanian, sumber tenaga, keselamatan dan pembangunan.

“Pentingnya kurikulum pengajian dikemaskini supaya seiring dengan ledakan teknologi digital serta agenda global semasa, termasuklah Sustainable Development Goals (SDG) dan New Urban Agenda (NUA)” katanya yang juga merupakan ahli majlis penasihat Pertubuhan Perancang Malaysia,” katanya.

Dalam majlis yang sama, pensyarah-pensyarah yang lain telah mengutarakan beberapa soalan diikuti dengan perbincangan bersama untuk kebaikan pengajaran dan pembelajaran di FSPU.

Antara pensyarah yang hadir ialah Dr. Raja Norashekin Raja Othman, Prof. Datuk Dr. Abdullah Said, Datuk Dr. Mizan Hitam, Prof. Madya Wan Mohamed Yusoff Abdullah dan Prof. Madya Syed Mohd Hassan Syed Subli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini