NAIROBI 16 Mei – Sekumpulan lelaki bersenjata yang menculik dua orang doktor Cuba di timur laut Kenya dan membawa mereka ke Somalia, menuntut wang tebusan sebanyak AS$1.5 juta (RM6.3 juta).
Kedua-duanya diculik pada 12 April lalu oleh kumpulan yang disyaki adalah militan al-Shabaab di Mandera, berdekatan sempadan dengan Somalia.
Dalam insiden penculikan itu, salah seorang anggota polis yang mengiringi kedua-dua doktor ditembak mati.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kenya dan Somalia kini bersama-sama mencari kedua-dua mangsa berkenaan. – AFP











