KUALA LUMPUR 27 Mei – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Padang Besar, Perlis untuk menampung permintaan tinggi sempena hari raya Aidilfitri ini.
Ketua Komunikasi Korporat KTMB, Ahmad `Asri Khalbi berkata, pertambahan dua jajaran tren itu adalah bagi perjalanan antara 1 hingga 4 Jun serta di antara 7 hingga 10 Jun nanti.
“Pengguna boleh mendapatkan tiket bagi kedua-dua perjalanan akan dijual mulai pukul 10 pagi esok di kaunter-kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian melalui laman web rasmi www.ktmb.com.my,” katanya.
Orang ramai juga boleh melayari laman sosial Facebook KTM Berhad atau Twitter di @ktm_berhad dan Instagram, @ktmbofficial atau hubungi terus pusat panggilan 24 jam KTMB di 03-22671200 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE











