SEREMBAN – Seorang kontraktor Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) diancam dengan sebilah pisau pemotong daging sewaktu mahu melaksanakan kerja-kerja pemotongan bekalan air di sebuah restoran di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kontraktor berkenaan diancam oleh seorang lelaki dipercayai pemilik restoran tersebut yang berang bekalan air ke premisnya mahu dipotong oleh pihak Sains. Ketua Bahagian Perhubungan Sains, Norzita Ismail berkata, kontraktor pemotongan bekalan air Sains…










