SDYNEY 18 Mei – Pakatan pemerintahan konservatif Australia pimpinan Perdana Menteri, Scott Morrison berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum hari ini.
AFP melaporkan, kemenangan itu disifatkan sebagai sesuatu yang ‘ajaib’ kerana tinjauan awal pilihan raya mendapati pembangkang bakal memenangi pilihan raya umum kali ini.
Dalam pada itu, ketua pembangkang, Bill Shorten yang menerima kekalahan itu berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti Buruh.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jelas ternyata yang parti Buruh sekali lagi gagal membentuk kerajaan. Saya baharu sahaja menghubungi Morrison untuk mengucapkan tahniah,” katanya di hadapan ribuan penyokong di Melbourne di sini hari ini. -AFP











