LONDON 11 Mei – Pemain tengah Manchester City, Vincent Kompany sedar aksi terakhir Liga Perdana Inggeris amat penting namun dia tidak mahu rakan sepasukan lain terlalu memikirkannya berikutan bimbang mampu menjejaskan prestasi semasa disebabkan terlalu tertekan.
City akan berdepan Brighton dalam saingan penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris malam esok sekali gus menyaksikan tekanan lebih dirasai skuad bimbingan Pep Guardiola berbanding pencabar terdekat mereka Liverpool.
Jika gagal meraih tiga mata maka laluan untuk The Reds menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris amat cerah berikutan hanya ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan itu.
“Anda perlu cuba abaikannya seketika apabila masuk padang.
“Kami sedar ia adalah perlawanan terpenting musim ini serta hanya kemenangan membolehkan kami memenangi trofi liga.
“Apa yang perlu dilakukan kini adalah memastikan diri anda berada dalam prestasi terbaik pada hari tersebut.
“Makan, tidur secukupnya dan beraksi malah ketika ini saya tidak langsung memikirkannya walaupun sesaat, sebaliknya hanya mahu ke sana dan melalui perlawanan yang bagus,” kata Kompany. – AGENSI











