SAUDARA PENGARANG,KEMUDAHAN Klinik Kesihatan Kerajaan sememangnya amat memberi manfaat kepada rakyat. Dengan hanya membayar RM1, pesakit boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Namun demikian, kepadatan penduduk di kawasan tertentu menyebabkan klinik kesihatan di kebanyakan kawasan mengalami kesesakan seperti yang berlaku di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Selangor. Kemudahan sedia ada tidak bersesuaian bagi menampung jumlah pesakit semakin ramai. Bayangkan pesakit terpaksa menunggu hampir sejam hanya untuk mendapatkan nombor giliran. Itu belum lagi untuk…










