Kilang plastik musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kilang plastik musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menghalang kebakaran di sebuah kilang plastik di Jalan Perusahaan Kiri, Setapak, di sini hari ini daripada merebak ke kilang bersebelahan dan bangunan berhampiran.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran kilang Zuhen Plastic Sdn. Bhd. itu pada pukul 7.34 malam.

“Sebanyak 63 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Hang Tuah, Wangsa Maju, Keramat dan Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran kilang berkeluasan 1,737 meter persegi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah hampir dua jam berusaha, kebakaran berjaya dikawal,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, setakat ini tiada mangsa terlibat dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini