Kebanyakan pencinta dan pemburu ikan air tawar yang menjadikan hidupan itu sebagai ikan hiasan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memelihara ikan yang menarik seperti kelah biru. Namun, ikan kelah biru atau Tor duoronensis hakikatnya jarang sekali ditemui kerana begitu istimewa secara geografi. Di dunia ini, taburannya dipercayai hanya boleh didapati di hulu sungai di Taman Negara Endau Rompin, Johor. Berbeza dengan ikan kelah merah (Tor tambroides), ia boleh didapati…