PARIT 28 Mei – Seorang ketua kampung ditahan kerana menjual mercun dan rokok seludup di kuarters kerajaan di Kampung Gajah di sini kelmarin. Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 11.10 malam. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam tangkapan itu, 17 jenis mercun termasuk kira-kira 1,000 biji mercun bola dirampas dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM5,000. Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah 74 karton rokok seludup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya