SERDANG – Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya semalam. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Akhbar Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan kali terakhir mangsa menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri. Menurut adiknya, Siti Khairani, 36, keluarganya tidak…










