Kesan positif daripada pendirian monetari kurang agresif Fed AS - Utusan Malaysia

Kesan positif daripada pendirian monetari kurang agresif Fed AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka mengambil pendirian kurang agresif dari segi monetari pada tahun ini yang mungkin positif terhadap mata wang negara sedang pesat membangun (termasuk ringgit) serta harga komoditi, kata MIDF Research.

Katanya, ekonomi China lebih perlahan mungkin mendorong lebih banyak langkah rangsangan bagi monetari dan fiskal oleh pihak berkuasa tempatan dan mungkin memberi kesan limpahan positif secara meluas.

“Dalam negara, peringkat mikro kekal sihat dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dijangka pada 4.9 peratus tahun ini dan pertumbuhan pendapatan korporat pada sekitar pertengahan satu digit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, kami mengekalkan sasaran iaitu FBM KLCI pada akhir 2019 berada pada paras 1,800 mata bergantung pada hasil keputusan musim suku pertama kalendar tahun 2019 ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Firma penyelidikan itu mengambil perhatian bahawa bursa tempatan akan menjalankan langkah menyeimbangkan semula indeks MSCI dan FBM KLCI pada 29 Mei dan 6 Jun tahun ini dan langkah itu dijangka memberikan kesan ketara terhadap tingkah laku pelabur dalam menjalankan perdagangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini