MENGIMBAU kenangan dua tahun lalu, kerjaya Atiq Azman tidak lebih daripada watak ‘pelakon pacak’ dalam sesebuah drama tanpa sebarang dialog. Ironi, walaupun kemunculannya sebagai pelakon tambahan, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 19, sering menantikan kelibat dirinya dalam televisyen. Kata jejaka berkulit kuning langsat itu, biarpun wataknya hanya muncul sesaat di televisyen ia masih cukup bermakna kerana setiap langkah yang kecil akan membawa kepada perubahan yang besar. Ternyata, berkat kesabaran hampir dua tahun menjayakan watak tambahan, jenama Atiq Azman sebagai hero drama tempatan meledak setelah terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya