KUALA LUMPUR 14 Mei – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 Jun depan sebagai sebutan semula kes rasuah melibatkan bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid.
Hakim Azman Ahmad menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal memaklumkan terdapat beberapa lagi dokumen yang akan digunakan dalan perbicaraan masih belum diserahkan.
Norzilati Izahni memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan empat dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam bela tertuduh Datuk Hasnal Rezua Merican.
Hasnal Rezua yang mengesahkan perkara tersebut menjelaskan empat dokumen telah diterima daripada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah. – UTUSAN ONLINE











