Kerjaya juruterbang ideal untuk golongan ibu - Utusan Malaysia

Kerjaya juruterbang ideal untuk golongan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang juruterbang yang terpaksa membahagikan masa antara mengendalikan pesawat komersial dan menjaga anak perempuannya menganggap pekerjaan pada ketinggian hampir 10,000 meter itu sebagai kerjaya ideal untuk golongan ibu.

Iris de Kan yang merupakan juruterbang syarikat penerbangan tambang murah, easyJet berkata, dia diberi tanggungjawab menerbangkan pesawat bersama 300 penumpang dalam penerbangan pergi balik di Lapangan Terbang Gatwick, London.

Menurut Iris, dia berminat untuk terbang di awan seawal usia lima tahun dan terkejut apabila mengetahui hanya 5 peratus juruterbang komersial terdiri daripada wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Iris merupakan antara peserta program realiti televisyen baharu di Britain yang menyingkap kehidupan seorang juruterbang.

“Pekerjaan ini sama sekali tidak mustahil dan anda masih boleh bersama keluarga,” katanya kepada pengacara program realiti tersebut, Holly Willoughby dan Philip Schofield baru-baru ini.

“Anda pulang ke rumah setiap hari. Anda hantar anak ke sekolah, terbang dan mengambil anak pulang selepas itu,” kata rakan sekerjanya, Rachel. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini