Kereta pengasas Dnars langgar lori rosak - Utusan Malaysia

Kereta pengasas Dnars langgar lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 18 Mei – Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Jurucakap polis Nong Chik berkata, mangsa, 40, menaiki kereta jenis Toyota Estima yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dipercayai melanggar sebuah lori rosak yang berhenti di tepi Jalan Pattani-Hatyai, Kg Donrak, Nong Chik kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan).

“Berdasarkan siasatan awal polis, pemandu kereta Toyota Estima berkemungkinan tertidur, dan lori rosak yang berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan tanda amaran,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Faziani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ahmad Shah digegaskan ke Hospital Nong Chik dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam satu entri dalam akaun Instagram, anak pengasas produk kecantikan itu, Iqbar Hakim Ahmad Shah Rizal berkata “arwah accident (kemalangan) di Pattani, dalam menuju ke satu pondok untuk selesaikan kewajipan zakat.”

Sebelum itu, Iqbar berkata “Saya baru kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan, sekarang saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.

“Kepada semua kalau boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada mommy saya Faziani Rohban Ahmad. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Jenazah Faziani dijangka dibawa balik ke Kelatan hari ini.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutama di Pantai Timur. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini