Kereta dengan kesan tembakan ditinggalkan di garaj penduduk - Utusan Malaysia

Kereta dengan kesan tembakan ditinggalkan di garaj penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Penduduk di Kampung Banggol Stol, Jeram Perdah di sini gempar apabila sebuah kereta yang mempunyai kesan tembakan telah ditinggalkan di dalam garaj sebuah rumah kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.41 petang itu disedari oleh seorang lelaki berusia 59 tahun apabila kenderaan jenis Honda Civic bernombor plat Thailand telah ditinggalkan secara mengejut oleh pemiliknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh polis mendapati terdapat lapan kesan tembakan pada badan kereta tersebut.

“Siasatan awal mendapati buat masa ini, tiada kejadian tembak menembak berlaku di lokasi kejadian atau tempat-tempat sekitar daerah ini diperoleh.

“Mengikut maklumat saksi, kereta jenis Honda Civic bernombor plat Thailand yang berwarna perak telah dipakir di dalam sebuah garaj. Kemudian seorang lelaki (dipercayai pemilik kereta) yang tidak dikenali terus melarikan diri di kawasan kampung Banggol Stol,” katanya.

Abdullah memberitahu, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

Katanya, gerakan mengesan pemilik kenderaan turut giat dijalankan ketika ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatApps yang mendakwa satu kejadian tembak-menembak telah berlaku di kawasan berkenaan sedangkan ia tidak seperti didakwa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini