'Kerajaan tidak seharusnya berkira soal insentif' - Mazlan - Utusan Malaysia

‘Kerajaan tidak seharusnya berkira soal insentif’ – Mazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman merayu kepada kerajaan agar memberikan insentif Hari Raya Aidilfitri kepada 112,653 warga peneroka Felda di seluruh negara.

Tegas Mazlan, kerajaan tidak seharusnya berkira untuk memberi insentif tersebut memandangkan warga Felda telah menjadi satu daripada penyumbang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan tidak tahu berkaitan insentif tersebut, saya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Penasihat Ekonomi beliau, Dr. Muhammed Abdul Khalid melakukan perbincangan dan memberi penjelasan perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dimaklumkan keputusan sama ada insentif ini diberikan atau tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok. MPNF berharap insentif yang diberikan tidak kurang daripada tahun lepas iaitu sebanyak RM450 setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pasar Peladang tahun 2019 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan menjelaskan, pemberian insentif tersebut mampu menjadi perangsang motivasi warga Felda ketika ini menghadapi isu kejatuhan harga komoditi sawit yang teruk.

Katanya, hasil pendapatan warga Felda juga sangat sedikit ketika ini dan sumbangan insentif kerajaan sememangnya amat diperlukan bagi membantu persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini