Kerajaan Sabah komited tingkat prasarana pendidikan - Utusan Malaysia

Kerajaan Sabah komited tingkat prasarana pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 3 Mei – Kerajaan Negeri Sabah akan memastikan prasarana dan kemudahan yang diperlukan dalam pendidikan akan disediakan dan sentiasa dipertingkat kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Katanya, kerajaan negeri juga akan sentiasa menyokong Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam usahanya melahirkan insan cemerlang.


”Kita akan terus memberi sokongan kepada guru dan agenda pendidikan yang tercinta ini dengan keutamaan akan diberikan kepada kecemerlangan pendidikan tanpa mengira kaum,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong di Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


Mohd Shafie berkata, guru di Sabah banyak mencapai tahap membanggakan sekali gus membuktikan bahawa guru di negeri ini juga berketrampilan, dinamik dan bertaraf dunia.


”Buktinya daripada kejayaan guru yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


“Sesungguhnya tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara, terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan guru sekalian, dalam menggalas amanah mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat negara,” katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar terus berdedikasi ke arah melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memiliki minda kelas pertama sejajar hasrat negara.


Sementara itu Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ketika sidang media berkata profesyen guru sentiasa dimartabat kerana guru memain peranan penting dalam melahirkan pewaris kepimpinan negara. 


Pada majis itu, cikgu Loh Kok Chea dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sabah bagi tahun 2019, manakala mantan pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Muhiddin Yusin dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sabah 2019. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini