MEMPERTARUHKAN karya terbaharu berjudul Aduh yang menggambarkan keluhan hati akibat cinta yang tidak kesampaian, vokalis kumpulan Slam, Zamani, 48, menafikan lagu terbabit berkait dengan kisah silamnya. Cuba untuk mendalami lirik dengan lebih dekat, jelas Zamani, lagu ciptaannya bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam ini dilihat lebih kepada luahan hati seseorang terhadap Penciptanya. “Lagu ini tidak ada kena mengena dengan diri dan sejarah hidup saya sebelum ini, untuk Faizal Tahir saya tidak tahu pula. Namun saya berusaha untuk masuk ke dalam lirik itu agar dapat menghayatinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya