JAKARTA 18 Mei – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Indonesia mengeluarkan amaran keselamatan, beberapa hari sebelum keputusan pemilihan umum (Pemilu) Indonesia 2019 diumumkan.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika pasukan keselamatan Indonesia menahan kira-kira 30 anggota militan termasuk beberapa suspek yang dipercayai mempunyai pengetahuan untuk meletupkan bom dengan menggunakan rangkaian WiFi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Reuters melaporkan, kenyataan kedutaan itu mengingatkan rakyat AS supaya mengelakkan kawasan-kawasan tunjuk perasaan besar di Jakarta serta beberapa bandar utama termasuk Surabaya di Jawa Timur dan Medan di Sumatera Utara. -AGENSI











