Kebakaran di Israel, 
40 rumah musnah - Utusan Malaysia

Kebakaran di Israel, 
40 rumah musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 24 Mei – Pihak berkuasa Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlakunya kebakaran di beberapa kawasan ekoran cuaca kering yang ketika ini telah memusnahkan 40 buah rumah.

Tiada laporan korban akibat kebakaran yang melanda sejak semalam.

Mengulas mesyuarat krisis yang diadakan hari ini, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada pihak luar yang telah membantu menangani kebakaran itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar pesawat memadam kebakaran, manakala Mesir, satu daripada hanya dua kerajaan Arab yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel, menghantar dua helikopter penyelamat.

Beberapa jalan raya di zon bahaya di tengah Israel masih ditutup kerana khuatir kebakaran akan merebak ekoran cuaca panas.

Suhu mencapai 40 darjah Celcius selama beberapa hari ini.

Pada tahun 2016, kebakaran hutan merosakkan atau memusnahkan kira-kira 700 rumah di Israel dan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini