Kasut, selipar tiruan bernilai RM14,070 dirampas - Utusan Malaysia

Kasut, selipar tiruan bernilai RM14,070 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Mei – Sebanyak 4,342 pasang kasut dan selipar berjenama tiruan bernilai RM14,070 disita dalam serbuan oleh pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini kelmarin.

Operasi bermula pukul 11 pagi disertai 14 anggota penguat kuasa itu menahan seorang lelaki tempatan berusia 40an yang mengaku sebagai pengurus premis selain tujuh pekerja wanita untuk diambil keterangan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Khalid Tik berkata, hasil siasatan awal mendapati syarikat tersebut telah beroperasi selama empat tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, antara jenama kasut dan selipar tiruan yang dirampas ialah jenis Nike dan Adidas.

“Kasut dan selipar tersebut diperolehi daripada pembekal di China dan Kuala Lumpur sebelum dijual kepada pelanggan sekitar Perak. Ia dijual secara borong pada harga antara RM4 hingga RM8 bagi selipar dan RM20 hingga RM30 bagi kasut mengikut jenama dan jenis.

“Kesemua barang sitaan itu disimpan di stor ekshibit KPDNHEP Perak untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini