Karnival pendidikan beri peluang kepada lepasan SPM - Utusan Malaysia

Karnival pendidikan beri peluang kepada lepasan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan diadakan pada 9 Mei ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

–

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang itu melibatkan penyertaan lebih dari 50 buah IPT dan agensi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara IPT dan agensi yang terlibat adalah Institut Kerajaan Negeri, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, pusat latihan kemahiran bertauliah di Terengganu serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

“Semua pihak terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia berpeluang untuk mendapatkan maklumat penajaan dan bantuan kewangan, tawaran kemasukan terus ke pusat pengajian serta khidmat nasihat berhubung bidang yang ingin dipilih,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini