Kapal perang AS di Asia Barat, mesej kepada Iran - Utusan Malaysia

Kapal perang AS di Asia Barat, mesej kepada Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 6 Mei – Amerika Syarikat (AS) menghantar kumpulan penyerang kapal pengangkut pesawat dan angkatan pengebom ke Asia Barat dalam mesej jelas kepada Iran.

Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton berkata, tindakan tersebut sebagai respons kepada beberapa indikasi dan amaran masalah serta peningkatan ketegangan.

“AS menghantar Kumpulan Penyerang Pengangkut USS Abraham Lincoln dan angkatan pengebom ke rantau Pusat Pemerintah AS

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penghantaran ini bertujuan untuk memberi mesej jelas kepada rejim Iran bahawa sebarang serangan ke atas kepentingan AS atau terhadap sekutu kami akan berdepan kekuatan tidak henti-henti,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, AS tidak mahu berperang dengan Iran namun mereka bersedia sepenuhnya sebagai tindak balas sebarang serangan sama ada oleh proksi, Islamic Revolutionary Guard Corps atau tentera Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini