MICHIGAN 9 Mei- Seorang kanak-kanak didakwa membunuh ibunya selepas wanita itu ditemukan mati di kediamannya dekat Fawn River, di sini.
Pauline Randol ditemukan tidak bernyawa isnin lalu dengan kesan tembakan pada tubuhnya.
Polis mempercayai pembunuhan itu dilakukan anak mangsa yang berusia sembilan tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis St. Joseph, Bradley Balk mengesahkan kanak-kanak itu telah didakwa atas dua kesalahan, membunuh dan menyalahguna senjata api.
Suspek kini menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengetahui tahap kesihatan mentalnya.
Dalam pada itu, jiran mangsa memberitahu suspek pernah mengancam untuk membunuh anak perempuannya.
“Dia mengancam mahu menikam anak saya, melihatnya mati dan ingin melihat saya menangis,” katanya.-AGENSI











