KOTA BHARU 28 Mei – Seorang lelaki panik dan lari lintang-pukang sehingga tertinggal telefon pintarnya gara-gara mengelak daripada ditangkap penguat kuasa yang menjalankan Op Tidak Sopan di Jalan Zainal Abidin, di sini hari ini. Selain tidak sempat membawa telefon jenama Samsung tersebut, lelaki berusia 50-an itu yang disyaki ponteng puasa turut meninggalkan segelas teh ‘o’ panas yang belum sempat diminum serta sekotak rokok selepas menikmati nasi bungkus kira-kira pukul 12.30…










