Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM20.7 bilion daripada RM23.96 bilion pada sebelah pagi manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM15.42 bilion daripada RM18 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pukul 4 petang, bank pusat juga melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM20.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM14.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM14.4 bilion daripada RM13.9 bilion.

Kadar faedah semalaman Islam purata pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini