LONDON 28 Mei – Penyerang Real Madrid, Isco bakal menjadi pemain pertama dibeli oleh bos baharu Juventus, Maurizio Sarri.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu bergelut untuk mendapatkan tempat dalam pasukan apabila dia hanya diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam 11 aksi liga pada musim ini.
Bos Chelsea, Sarri merupakan pilihan utama untuk mengemudi Juventus dan kelab gergasi Itali itu percaya mereka berupaya untuk membawa masuk jurulatih berusia 60 tahun itu.
Menurut media tempatan, Tuttosport, Itali boleh mendapatkan Isco pada musim panas ini dengan mengeluarkan belanja 60 juta pound (RM318 juta).
Isco memiliki kontrak bersama Real hingga Jun 2022 namun masa depannya bersama gergasi Sepanyol itu masih samar-samar meskipun sekembalinya Zinedine Zidane. – AGENSI











