Joon-young mengaku salah rakam video seks - Utusan Malaysia

Joon-young mengaku salah rakam video seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 12 Mei – Penyanyi dan penulis lagu, Jung Joon-young mengaku bersalah merakam video seks bersama bekas teman wanitanya secara rahsia dan berkongsi video berkenaan menerusi aplikasi perbualan dalam talian.

Lapor Jakarta Post, Joon-young juga dilaporkan akan berusaha menyelesaikan kes berkenaan dengan mangsa yang terbabit.

Penyanyi tersebut didakwa atas kesalahan merakam dan berkongsi video bersama bekas teman wanita sebanyak 11 kali di aplikasi perbualan itu dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas anggota Big Bang, Seungri serta bekas ahli kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun Joon-young tidak perlu hadir pada pendengaran kes kelmarin, namun dia muncul di mahkamah dengan memakai sut hitam.

Joon-young sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Dalam satu kes berasingan, Joon-young turut disiasat selepas didakwa terlibat dalam kes rogol seorang wanita secara beramai-ramai pada 2016.

Joon-young didakwa melakukan jenayah itu bersama-sama Jong-hoon.

Pendakwa raya dijangka memutuskan sama ada dakwaan itu bakal diteruskan terhadapnya selepas siasatan lanjut dilakukan.

Pendengaran kes seterusnya dijadualkan Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini