Jom 'Sama-Sama Balik Raya' - Utusan Malaysia

Jom ‘Sama-Sama Balik Raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Setiap kali menjelang musim perayaan, pastinya pelbagai iklan video dimuat naik yang memaparkan sketsa dan ragam rakyat negara ini untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Begitu juga buat syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (Malaysia Airlines) yang tampil dengan video istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bertajuk ‘Sama-Sama Balik Raya’.

Video berdurasi dua minit 40 saat itu menceritakan kesanggupan rakyat negara ini meredah perjalanan beribu batu semata-mata untuk pulang ke kampung menyambut perayaan tersebut bersama keluarga tercinta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun peristiwa sama berlaku pada setiap tahun sama ada tempat, makanan dan orang sama yang dikunjungi, namun, menjawab segala kesanggupan untuk pulang ke kampung itu adalah kerana hospitaliti yang disediakan kepada rakyat negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail berkata, sebagai syarikat penerbangan pilihan pertama rakyat Malaysia, pihaknya sentiasa memastikan penumpang dapat merasakan pengalaman pulang ke kampung sebelum mereka tiba ke destinasi yang dituju.

“Oleh itu, inilah hasil yang kami gambarkan melalui video ‘Sama-Sama Balik Raya’ dan sebagai syarikat penerbangan, kami bangga menjadi sebahagian daripada pengendali perjalanan balik kampung para tetamu.

“Malah, tiada apa yang lebih berharga selain daripada memastikan penumpang selamat tiba ke kampung dengan selamat dan berkumpul semula dengan keluarga serta orang tersayang semasa musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video yang sudah menerima lebih daripada 600,000 tontonan itu boleh dilihat di saluran YouTube rasmi Malaysia Airlines.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut turut melancarkan kempen media sosial #MHFundMyBalikKampung bermula 15 hingga 29 Mei ini yang bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim sesama keluarga.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kapsyen paling unik dan meraih undian paling tinggi oleh warga maya sekali gus melayakkan mereka mendapat tiket penerbangan pergi dan balik ke kampung sempena hari raya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini