Jin Zhe dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah - Utusan Malaysia

Jin Zhe dilantik Menteri Belia dan Sukan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 17 Mei – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe, 30, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu.

PHOONG JIN ZHE
PHOONG JIN ZHE 

Jin Zhe mengambil portfolio Datuk Frankie Poon Ming Fung yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri yang baharu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan pelantikan Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng sebagai ADUN Dilantik yang baharu dan akan mengangkat sumpah pada Selasa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, tiada rombakan Kabinet dilakukan dan pelantikan dua jawatan menteri itu bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada.

“Pelantikan tersebut dipersetujui setelah perbincangan diadakan dengan pimpinan DAP negeri dan Pusat,” katanya.

 

Menurutnya, pelantikan menteri bagi mengisi kekosongan di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat itu dibuat lewat selepas kematian mendiang Wong Tien Fatt yang juga Pengerusi DAP Sabah pada 28 Mac lepas bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan pada 11 Mei lalu.

Beliau yakin pelantikan Phoong sebagai Menteri Belia dan Sukan sesuai dengannya sebagai orang muda yang ada keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Ming Fung yang juga ADUN Tanjung Papat di Sandakan merupakan Pemangku Pengerusi DAP Sabah manakala Jin Zhe yang dikenali dengan panggilan Ginger merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sabah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini