GERIK 2 Mei – Kemalangan yang mengakibatkan lima anggota bomba cedera setelah jentera yang dinaiki terbabas di Kilometer 25.6, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini, berpunca kerana mahu mengelak sekumpulan kera. Ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dipandu di laluan berselekoh dan sedikit menuruni bukit sebelum sekumpulan kera tiba-tiba memasuki laluan di situ. Kejadian itu…










