Jenazah S.M. Mohamed Idris selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah S.M. Mohamed Idris selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jenazah tokoh dan aktivis pengguna, S.M. Mohamed Idris yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, lebih 500 orang terdiri daripada pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu termasuk menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya di No. 2, Rose Avenue, Georgetown di sini sejak malam tadi.

Beberapa pemimpin yang hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – K! ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini