PUTRAJAYA 2 Mei – Orang ramai terutamanya umat Islam diminta supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama menerusi perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di ibu negara Sabtu ini. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perhimpunan itu jelas merupakan dakyah pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen ini. “Saya ingin mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia supaya…










